Satu tahun aku kat Kolej Matrikulasi Labuan, aku dapat pengalaman yang best ada suka duka, pahit manis yang aku tak boleh lupa. Walaupun mula-mula masuk rasa macam nak balik je. Stress sangat dengan orientasi masa tu. Asyik kena marah dengan akak-akak dan abang-abang senior. Bila ingat balik rasa nak gelak pun ada. Masa tu, semua orang bengang sebab tak cukup tido la. Mandi dan makan pun kena rushing. Hahaha. Bila orientasi dah habis memang lega sangat. Boleh tido puas-puas. Haha. Tapi aku percaya mereka buat semua ni ada sebabnya.
Selepas seminggu kami
Kehidupan kat Matrikulasi takda la mencabar sangat. Sebab kemudahan tempat tinggal diberi. Free lagi tu bekalan air dan elektrik. Cuma kadang-kadang jer KML mengalami gangguan tiada bekalan air. Tapi alhamdulillah. Sepanjang aku duduk kat KML, 2 kali je blok kami tiada air. Itu pun sekejap je. Tak la sampai berhari-hari. Sehari pun tak sampai. Blok lain pun ada juga mengalami masalah yang sama. Kami kira beruntung la dan patut bersyukur sebab blok lain selalu mengalami masalah tiada air.
Apa2pun gangguan bekalan elektrik dan air ni tak boleh dijadikan alasan kita tak boleh berjaya. Kita berjaya atas usaha sendiri dan dengan keizinan-NYA. Bila duduk jauh dari family ni kita kena kuat dari segi mental, rohani dan fizikal. Kita kena kuat dan yakin dengan perancangan ALLAH. ALLAH la sebaik-baik perancang. Memang sistem pembelajaran kat Matrikulasi padat dan cepat. Sebab masa singkat dan silibus banyak. Insya-ALLAH, dengan izin-NYA dan berkat ibubapa kita boleh atasi. Insya-ALLAH.
Memo: Baru perasaan yang entry kali ni lebih panjang dari biasa. Hihihi. Harap enjoy membaca coretan aku yang tak seberapa ni. ^^
Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ
No comments:
Post a Comment