Assalamualaikum.
Dah lama nak updated pasal personal life tapi asyik bertangguh je. Hehe. Okay. Terus kepada cerita.
Lepas daripada study kat Matrikalusi, aku dapat tawaran UPU. Tapi, aku tak terima tawaran daripada UPM. Sebabnya? Aku tak minat kos yang ditawarkan. Mungkin ada beranggapan aku ni memilih atau terlalu 'demand'. :) Sebabnya, biarlah aku sendiri yang simpan. ;)
So, sekarang ni aku cuma duduk di rumah. Mencuba perkara yang baru iaitu berjinak-jinak dengan Shaklee. Alhamdulillah. Sejak aku terlibat dengan Shaklee ni, aku dapat nampak matlamat hidup aku. Apa yang aku nak. Apa yang aku ingin capai. InsyaALLAH. Dengan usaha dan izin ALLAH, moga aku dapat capainya. :).
Apa perancangan aku sekarang? Nak terus sambung study ke atau tak? Mestilah yer. Insya-ALLAH. Kalau ada rezeki, tahun ni juga aku sambung study. UPU aku isi balik dan juga IPTS. Moga rezeki aku. Amin. :)
Masa cuti persekolahan tahun lepas, aku dan adik-adik 'bercuti' di Shah Alam. Walaupun takda berjalan sangat pun tapi seronok lah sebab semua adik beradik berkumpul. <3
Okay. Layan gambar je lah ek.
1) Big Bad Wolf
Aku pergi dalam pukul 9 malam. Jadi, orang tak ramai pon. Bagi aku, banyak buku yang tak berapa nak menarik. Mungkin buku yang 'best' dah diborong awal2. Aku yang lambat. :D Pukul 12 lebih baru balik ke rumah. Kesian kat adik-adik penat berjalan seharian.
2) Empire Subang
Nak pergi HQ Shaklee kat Empire Tower. Alang2 dah dekat dengan Empire Subang jadi singgah sekali. Pantang kalu ada MPH atau Popular, kena singgah juga. :)
3) Sunway Pyramid
Pergi Sunway Pyramid semata-mata nak makan cone pizza je. Memang sedap okay cone pizza ni. Kalu korang pergi sunway pyramid kena cuba cone pizza ni. Memang sedap. :) Kami masa cuti tu, kerjanya asyik makan je. Haha
4) Steak house di Seri Kembangan
Kami pergi ni pun sehari sebelum balik. Hihi
Okey lah. Setakat ni jelah yang boleh aku update. Sementara tunggu tawaran nak sambung study ni aku dapat luangkan masa dengan Family. Memang seronok sangat. ;)
No comments:
Post a Comment