Showing posts with label Craft. Show all posts
Showing posts with label Craft. Show all posts

11 February 2013

Felt nama ~ Fiqa & Ely Myza

Assalamualaikum,


Kalau dah update blog ni, rasa nak lagi dan nak lagi. :-p


Harga: RM 4

Alhamdulillah. Aku berjaya buatkan felt nama untuk roomate kesayanganku. :-p Harap dia suka la sebab aku buat tanpa pengetahuan dia. Nak buat surprise la. Kononnya.


Harga: RM 6

Yang ni pula rakan sekelas ku di KML yang minta buatkan. Dia nak bentuk love. Mula-mula bentuk love ni besar tapi takut pula tak cantik nanti. Jadi aku buatlah dalam bentuk yang sederhana.

Aku harap usaha aku membuatkan kawan-kawanku happy dan akan jaga benda ni elok-elok. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

10 February 2013

Felt nama ~ AFIERA

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Banyak dugaan dan cabaran tapi alhamdulillah, dapat atasi dengan keizinan-NYA. 

Okey. Memandangkan lama dah tak update blog, banyak benda nak share tapi itu lah. Masa amat mencemburui diriku ini. Ceh. Alasan semata-mata. :-p 
Sejak masuk Matrikulasi, amat payah nak update. Sebabnya, malas malas dan malas. Dasar pemalas. Okey2. Kita terus ke topik kita k. Jangan nak melencong-lencong tempat lain pula. Hish2. 


Felt nama ni ditempah oleh rakan sekelas ku di Matrikulasi. Gara-gara dia tengok blog aku ni, terus dia minta buatkan. Haha. Takpe2. Rezeki kita tak boleh tolakkan. Alhamdulillah. Aku berjaya siapkan walaupun  lusa dah nak balik Labuan. Sob sob sob. Huhuhu.. Apa-apa pun harap owner nya ni nanti puas hati. ^^

Harga: RM 5 each
Sekian,
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

07 April 2012

Pom pom maker

Assalamualaikum,



Seperti yang aku bagitahu sebelum ni, aku beli pom pom maker ni di Crochet is Fun. Click here

Aku terus buat pom pom ni pada malam aku dapat parcel. Memang syok la buat. Bagi aku part yang mencabar bila nak ikat pom pom ni. Part ni memerlukan kesabaran dan kecekapan. Yer la kalau pom pom maker ni terbuka dari benang tu tak ke haru.

Ini gambar pom pom yang telah aku buat.


Cute jer pom pom ni kan?

Lepas ni rasa nak buat banyak-banyak pula pom pom ni.
Jadi, kalau sesiapa nak buat pom pom, sila la beli pom pom maker di Crochet is Fun.

Waalaikumsalam.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif

25 March 2012

Felt nama 2

Lepas dapat result SPM ni, confirm budak-budak lepasan SPM tengah sibuk isi borang UPU kan? Kalau tak pun Maktab.

Ok lah. Felt nama ni diorder oleh kawan kepada kakak aku. Dia order Amigurumi Turtle juga. Tapi belum buat lagi. Benang pun belum dibeli. Aku tengah sibuk memikirkan Universiti mana nak aku ambil tapi nampak gayanya macam aku tak layak nak masuk IPTA sebab tak cukup syarat. Kalau nak sambung diploma mungkin layak kot. Chop chop. Keluar tajuk dah ni. Haha. K. Sambung.



Harga: RM 7

Sekian,
◕‿◕

03 February 2012

Blueberry Ice Cream Cup

Berapa lama dah aku tangguh nak buat entry pasal BLUEBERRY ICE CREAM CUP ni.. Alhamdulillah.. Hari ni aku ada mood rajin nak type.. Hihi..

Okey.. Berbalik pada tajuk.. Bagi aku, mencabar jugak buat benda ni.. Yerla.. Aku baru lagi dalam craft ni.. Tapi alhamdulillah.. Aku berjaya jugak siapkan tapi yerla ada cacat cela nya.. Tak serupa dengan dalam gambar tu.. Tapi takpe.. Aku berjaya mengisi masa aku yang banyak terbuang ni dengan sebaik-baiknya.. Alhamdulillah..


Haha.. Botak..

Jadi..Rupa nya akan menjadi macam ni

Hallo!


Sekian~ ◕‿◕