16 June 2013

Kini Kembali

Assalamualaikum,

WOW. Lama gila tak update blog. Adeh. Bila dah start tulis ni, lupa pula nak cakap apa. Haha. 

Lepas sambung study kat matrik, tak sempat nak update. Emm. Tak sempat ke ataupun awak tu malas??? Erkkkkk. Hihihi.
Life kat matrik ni sebenarnya tak pernah aku nak jangka. Yerla. Boleh dikatakan benda sama yang aku buat pada hari isnin hingga jumaat. Pagi hingga petang sibuk ke kelas. Malamnya, buat homework. Ke aku yang tak pandai nak gunakan masa dengan sebaik-baiknya???? Errrkkkkk. Tapi tipu la kalau aku cakap yang aku ni gunakan masa sepenuhnya untuk study je. Ada juga homework yang aku tak buat. Hahaha. Kantoi.. Adesss...
Tapi aku dapat pengalaman yang boleh dikatakan best la juga. Hihihi. Setahun bukan masa yang lama. Masa mula-mula masuk, punyalah down. Rasa nak balik umah je. Tapi alhamdulillah. Selesai juga pengajian ku di Matrikulasi selama setahun. Banyak kenangan manis dan pahit aku lalui di matriks ni. Rindu pula dengan lecturer ngan kawan2. Huhuhu. :'(

Okey. Lupakan pasal hal2 matriks dulu. Sekarang ni aku lagi menunggu keputusan permohonan UPU dan USM. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki daripada NYA, aku ingin sambung belajar dalam jurusan Sains Forensik di USM. Mudah-mudahan rezeki ku. Amin.

Sementara menunggu tawaran daripada Universiti, takkan la aku nak menambahkan lemak kot kat badan ni. Haha. Insya-ALLAH, banyak benda aku nak buat. Cuma sekarang ni aku tak tahu kenapa aku rasa malas sekarang nak sambung projek kraft dan crochet. Kenapakah? Huhu. Akan ku cuba dan usahakan. Hahaha.

Hmm. Alhamdulillah. Siap juga satu entry. Setakat ini sahaja okey. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

No comments: