10 December 2011

Sesi perkenalan diri

Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat buka blog baru.. Sebenarnya takda la baru sangat.. Cuma delete entry lama je.. Lama juga aku tak berblogging ni.. Adalah dalam beberapa bulan.. Huhu.. Takpela.. Bukan penting pun nak bagitahu sebabnya kan..

Okey, berbalik pada tajuk asal.. Sesi perkenalan diri?? Hmm.. Apa yer nak bagi tahu..
Nama aku pada asalnya panjang.. K.. 6 perkataan je.. Takda la panjang sangat.. Jadi aku pendekkan jadi Malynah.. Aik.. Kenapa url blog aku nama Maya Zahari?? Ada la sebabnya.. Maya tu nama panggilan aku.. Kawan baik aku iaitu Zaty yang beri.. Dia pun blogger juga.. Hish.. Lama aku tak jumpa dia.. Rindunya.. Ok! Sambung.. Zahari tu pulak nama abah aku..

Seterusnya, aku ialah anak kepada Raja Zahari dan Nek Aini.. Aku sayang sangat-sangat abah dan mama aku.. Ye la.. Siapa tak sayang kan.. Em.. Apa lagi nak taip yer.. Owh yer.. Umur aku, tak perlu tahu kan.. Tak penting.. Cuma aku ni belum ada kelayakan SPM tapi dah ambil PMR dan telah tamat Tingkatan 5.. Hish.. Susah-susah, cakap je umur anda 17 tahun.. Apa yang susah..

Nanti aku nak buat entry tentang misi lepasan SPM.. Insya-ALLAH!! Okey la.. Ini sahaja untuk kali ni..