Showing posts with label Tentang Malyanah. Show all posts
Showing posts with label Tentang Malyanah. Show all posts

04 August 2014

Ho! Ho! Balik Kampung!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum. 😃


Disini saya Malyanah dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Tak terlambat lagi kan nak wish Selamat Hari Raya. Kan masih dalam bulan Syawal ni. 😁

Tapi, ia tak bermaksud kita beraya selama sebulan. Jangan kita tinggalkan pula amal ibadat kita yer kawan-kawan? :)

So, nak dijadikan cerita. Alhamdulillah, tahun ni kali kedua aku beraya di Kampung. Perasaan raya tahun ni rasa lain sangat. Tak tahu nak describe macam mana. Heeee.

Aku bertolak dari Shah Alam pada pagi 25 July dan sampai pagi keesokannya. Bayangkan selama 24 hours aku dalam kereta! Pergi Kelantan je kott. Kenapa lewat sangat sampai?? Sebab jem!!!😒

Bila guna laluan Jabor (kalau salah betulkan), banyak kereta yang berpatah balik. Rupa-rupanya berlaku kemalangan di depan. Tak boleh jadi ni, kena patah balik dan guna laluan lain sebab jem nye kemain panjang (tengok guna waze, orang yang ada kat situ pon cakap panjang jem nye).

So, ambil alternative lain guna jalan lalu Chukai. Bila dah nak sampai laluan chukai tu jem juga! Berlaku tanah runtuh lak! Aduh! Macam mana ni?? Tengok GPS dan Waze. Ikut je jalan yang dibagi. Sampaikan kami pernah lalu jalan yang sama 2 kali! Nak guna jalan pantai, tak jumpa lak. Haha

Tapi, Alhamdulillah kami sekeluarga tiba dengan selamat. :) Kami beraya di Kampung selama 2 hari jer. Raya ke-3 dah bertolak ke Shah Alam. Heeee.

Bagi aku, aku tak kisah beraya di mana pon. Asalkan raya aku bersama keluarga dan masa dihabiskan dengan keluarga. Keluarga lah yang paling berharga kan??😂

09 March 2014

Life Updated 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.

Dah lama nak updated pasal personal life tapi asyik bertangguh je. Hehe. Okay. Terus kepada cerita.

Lepas daripada study kat Matrikalusi, aku dapat tawaran UPU. Tapi, aku tak terima tawaran daripada UPM. Sebabnya? Aku tak minat kos yang ditawarkan. Mungkin ada beranggapan aku ni memilih atau terlalu 'demand'. :) Sebabnya, biarlah aku sendiri yang simpan. ;)

So, sekarang ni aku cuma duduk di rumah. Mencuba perkara yang baru iaitu berjinak-jinak dengan Shaklee. Alhamdulillah. Sejak aku terlibat dengan Shaklee ni, aku dapat nampak matlamat hidup aku. Apa yang aku nak. Apa yang aku ingin capai. InsyaALLAH. Dengan usaha dan izin ALLAH, moga aku dapat capainya. :).

Apa perancangan aku sekarang? Nak terus sambung study ke atau tak? Mestilah yer. Insya-ALLAH. Kalau ada rezeki, tahun ni juga aku sambung study. UPU aku isi balik dan juga IPTS. Moga rezeki aku. Amin. :)

Masa cuti persekolahan tahun lepas, aku dan adik-adik 'bercuti' di Shah Alam. Walaupun takda berjalan sangat pun tapi seronok lah sebab semua adik beradik berkumpul. <3

Okay. Layan gambar je lah ek.

1) Big Bad Wolf


Aku pergi dalam pukul 9 malam. Jadi, orang tak ramai pon. Bagi aku, banyak buku yang tak berapa nak menarik. Mungkin buku yang 'best' dah diborong awal2. Aku yang lambat. :D Pukul 12 lebih baru balik ke rumah. Kesian kat adik-adik penat berjalan seharian.

2) Empire Subang




Nak pergi HQ Shaklee kat Empire Tower. Alang2 dah dekat dengan Empire Subang jadi singgah sekali. Pantang kalu ada MPH atau Popular, kena singgah juga. :)

3) Sunway Pyramid




Pergi Sunway Pyramid semata-mata nak makan cone pizza je. Memang sedap okay cone pizza ni. Kalu korang pergi sunway pyramid kena cuba cone pizza ni. Memang sedap. :) Kami masa cuti tu, kerjanya asyik makan je. Haha


4) Steak house di Seri Kembangan


Kami pergi ni pun sehari sebelum balik. Hihi

Okey lah. Setakat ni jelah yang boleh aku update. Sementara tunggu tawaran nak sambung study ni aku dapat luangkan masa dengan Family. Memang seronok sangat. ;)

18 January 2014

I'm a Shaklee Independent Distributor

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni. Setiap kali nak buat entry baru, mesti setengah jalan je. Sebab dah buntu nak taip apa. Lepas ni kena selalu update blog. Sebab practice makes perfect. Erkkk.. Apa kaitan ek? Hehehe.

Ok lah. Straight to the points okey? :)

Memandangkan cuti saya teramatlah panjang. Jadi, kena la manfaatkan cuti tersebut dengan benda yang berfaedah kan? Tak ada rezeki lagi nak sambung study. Emm.. Nak cerita lah nanti dalam satu entry. Next post okey? InsyaAllah.



Untuk pengetahuan korang. Aku sekarang ni adalah pengedar bebas Shaklee. Hah?Shaklee tu apa? Haa... Mesti ramai dah tahu ni. Sebab shaklee bertambah famous lagi amous tau sekarang. ;) Shaklee adalah merupakan syarikat supplement. Supplement tu adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan kita.

Apa yang membuatkan Shaklee ni berbeza daripada supplement lain? Haa.. Ni yang nak cerita ni. Tolong focus okey? Hehehe. 

1) Sentiasa Selamat.
~ Apa yang selamatnya? Lebih 83,000 ujian kualiti dilakukan setiap tahun. Dan shaklee ni dah bertapak sejak 1956 tauuu. Nampak tak permainannya disitu?? Maksudnya produk Shaklee telah dipercayai dan diguna selama 58 tahun tauuu..

2) Sentiasa Berkesan.
~ Shaklee telah menjalankan sebanyak 100 kajian secara clinical. Jadi, telah terbukti Shaklee ni berkesan. Insya-ALLAH. Jika kita berusaha untuk mencari penawar, dengan izin ALLAH penyakit kita dapat dicegah. 

3) Sentiasa Mesra Alam
~ Haa... Ni yang best pasal Shaklee ni. Produk Shaklee semuanya tiada perasa tiruan tauu. Tiada bahan kimia. Dan banyak lagi.

Akhir sekali, produk Shaklee ini dijamin HALAL. :) So, tak payah risau Shaklee ni Halal ke tidak. Memang dijamin!! ^^

InsyaALLAH. Saya akan cerita tentang produk Shaklee satu demi satu. Moga memberi manfaat kepada kita. InsyaALLAH.

Jadi, siapa-siapa nak tahu lebih pasal Shaklee atau ada masalah atau nak order,boleh lah email atau wechat sy yer? Kat situ nanti kita sembang lebih-lebih okey? Senang kita nak hu ha hu ha nanti. ;) Bawah entry ni nanti saya sertakan email dan wechat id saya. :)

Saya akan guide anda serta bagi FULL CONSULTATION untuk customer tersayang sy. :) Tak lupa juga BEST PRICE untuk anda. Saya akan suggest produk mengikut bajet anda. InsyaALLAH

Sekian, terima kasih. ^^

Shaklee ID 1083736
Email: malyanahzahari.gmail.com
Wechat ID: nurulmalyanah


Memo: Saya akan update satu-satu pasal Produk Shaklee okey? Tunggu..

16 June 2013

Kini Kembali

Assalamualaikum,

WOW. Lama gila tak update blog. Adeh. Bila dah start tulis ni, lupa pula nak cakap apa. Haha. 

Lepas sambung study kat matrik, tak sempat nak update. Emm. Tak sempat ke ataupun awak tu malas??? Erkkkkk. Hihihi.
Life kat matrik ni sebenarnya tak pernah aku nak jangka. Yerla. Boleh dikatakan benda sama yang aku buat pada hari isnin hingga jumaat. Pagi hingga petang sibuk ke kelas. Malamnya, buat homework. Ke aku yang tak pandai nak gunakan masa dengan sebaik-baiknya???? Errrkkkkk. Tapi tipu la kalau aku cakap yang aku ni gunakan masa sepenuhnya untuk study je. Ada juga homework yang aku tak buat. Hahaha. Kantoi.. Adesss...
Tapi aku dapat pengalaman yang boleh dikatakan best la juga. Hihihi. Setahun bukan masa yang lama. Masa mula-mula masuk, punyalah down. Rasa nak balik umah je. Tapi alhamdulillah. Selesai juga pengajian ku di Matrikulasi selama setahun. Banyak kenangan manis dan pahit aku lalui di matriks ni. Rindu pula dengan lecturer ngan kawan2. Huhuhu. :'(

Okey. Lupakan pasal hal2 matriks dulu. Sekarang ni aku lagi menunggu keputusan permohonan UPU dan USM. Insya-ALLAH, kalau ada rezeki daripada NYA, aku ingin sambung belajar dalam jurusan Sains Forensik di USM. Mudah-mudahan rezeki ku. Amin.

Sementara menunggu tawaran daripada Universiti, takkan la aku nak menambahkan lemak kot kat badan ni. Haha. Insya-ALLAH, banyak benda aku nak buat. Cuma sekarang ni aku tak tahu kenapa aku rasa malas sekarang nak sambung projek kraft dan crochet. Kenapakah? Huhu. Akan ku cuba dan usahakan. Hahaha.

Hmm. Alhamdulillah. Siap juga satu entry. Setakat ini sahaja okey. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

04 May 2012

Kolej Matrikulasi Labuan

Assalamualaikum,



Alhamdulillah. Rezeki aku dapat Matrikulasi di Labuan. Sebenarnya aku tak terfikir pun nak masuk Matrikulasi. Rasa menyesal pun ada sebab memohon. Tapi nak buat macam mana. Semua yang berlaku ada hikmah-Nya. Insya-ALLAH.

Aku tak pasti lagi nak masuk ke tidak Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sebabnya aku tak yakin aku dapat buat dengan baik. Yer la. Setahun bagi aku rasa sekejap je. Dan masalah tiada air di KML menjadi isu hangat. Itu yang buat aku risau juga.

Aku rancang nak ambil A-Level di IPTS tetapi fees nya terlalu mahal. Yang paling murah pun ada lah +-RM 20,000. Lagipun tiada pinjaman untuk A-Level. Scholarship ada tapi aku tidak layak untuk memohon. Huhu.

Jadi, sekarang ini aku rasa menyesal sangat-sangat. Tapi aku tahu, aku boleh buat dan ALLAH selalu ada di sisi aku. Aku cuma perlu berusaha dan sentiasa dekatkan diri kepada ALLAH. Apa yang ALLAH tentukan, itulah yang terbaik buat kita. Insya-ALLAH.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif

10 December 2011

Sesi perkenalan diri

Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat buka blog baru.. Sebenarnya takda la baru sangat.. Cuma delete entry lama je.. Lama juga aku tak berblogging ni.. Adalah dalam beberapa bulan.. Huhu.. Takpela.. Bukan penting pun nak bagitahu sebabnya kan..

Okey, berbalik pada tajuk asal.. Sesi perkenalan diri?? Hmm.. Apa yer nak bagi tahu..
Nama aku pada asalnya panjang.. K.. 6 perkataan je.. Takda la panjang sangat.. Jadi aku pendekkan jadi Malynah.. Aik.. Kenapa url blog aku nama Maya Zahari?? Ada la sebabnya.. Maya tu nama panggilan aku.. Kawan baik aku iaitu Zaty yang beri.. Dia pun blogger juga.. Hish.. Lama aku tak jumpa dia.. Rindunya.. Ok! Sambung.. Zahari tu pulak nama abah aku..

Seterusnya, aku ialah anak kepada Raja Zahari dan Nek Aini.. Aku sayang sangat-sangat abah dan mama aku.. Ye la.. Siapa tak sayang kan.. Em.. Apa lagi nak taip yer.. Owh yer.. Umur aku, tak perlu tahu kan.. Tak penting.. Cuma aku ni belum ada kelayakan SPM tapi dah ambil PMR dan telah tamat Tingkatan 5.. Hish.. Susah-susah, cakap je umur anda 17 tahun.. Apa yang susah..

Nanti aku nak buat entry tentang misi lepasan SPM.. Insya-ALLAH!! Okey la.. Ini sahaja untuk kali ni..