Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

04 August 2014

Ho! Ho! Balik Kampung!

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum. 😃


Disini saya Malyanah dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Tak terlambat lagi kan nak wish Selamat Hari Raya. Kan masih dalam bulan Syawal ni. 😁

Tapi, ia tak bermaksud kita beraya selama sebulan. Jangan kita tinggalkan pula amal ibadat kita yer kawan-kawan? :)

So, nak dijadikan cerita. Alhamdulillah, tahun ni kali kedua aku beraya di Kampung. Perasaan raya tahun ni rasa lain sangat. Tak tahu nak describe macam mana. Heeee.

Aku bertolak dari Shah Alam pada pagi 25 July dan sampai pagi keesokannya. Bayangkan selama 24 hours aku dalam kereta! Pergi Kelantan je kott. Kenapa lewat sangat sampai?? Sebab jem!!!😒

Bila guna laluan Jabor (kalau salah betulkan), banyak kereta yang berpatah balik. Rupa-rupanya berlaku kemalangan di depan. Tak boleh jadi ni, kena patah balik dan guna laluan lain sebab jem nye kemain panjang (tengok guna waze, orang yang ada kat situ pon cakap panjang jem nye).

So, ambil alternative lain guna jalan lalu Chukai. Bila dah nak sampai laluan chukai tu jem juga! Berlaku tanah runtuh lak! Aduh! Macam mana ni?? Tengok GPS dan Waze. Ikut je jalan yang dibagi. Sampaikan kami pernah lalu jalan yang sama 2 kali! Nak guna jalan pantai, tak jumpa lak. Haha

Tapi, Alhamdulillah kami sekeluarga tiba dengan selamat. :) Kami beraya di Kampung selama 2 hari jer. Raya ke-3 dah bertolak ke Shah Alam. Heeee.

Bagi aku, aku tak kisah beraya di mana pon. Asalkan raya aku bersama keluarga dan masa dihabiskan dengan keluarga. Keluarga lah yang paling berharga kan??😂

09 March 2014

Life Updated 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.

Dah lama nak updated pasal personal life tapi asyik bertangguh je. Hehe. Okay. Terus kepada cerita.

Lepas daripada study kat Matrikalusi, aku dapat tawaran UPU. Tapi, aku tak terima tawaran daripada UPM. Sebabnya? Aku tak minat kos yang ditawarkan. Mungkin ada beranggapan aku ni memilih atau terlalu 'demand'. :) Sebabnya, biarlah aku sendiri yang simpan. ;)

So, sekarang ni aku cuma duduk di rumah. Mencuba perkara yang baru iaitu berjinak-jinak dengan Shaklee. Alhamdulillah. Sejak aku terlibat dengan Shaklee ni, aku dapat nampak matlamat hidup aku. Apa yang aku nak. Apa yang aku ingin capai. InsyaALLAH. Dengan usaha dan izin ALLAH, moga aku dapat capainya. :).

Apa perancangan aku sekarang? Nak terus sambung study ke atau tak? Mestilah yer. Insya-ALLAH. Kalau ada rezeki, tahun ni juga aku sambung study. UPU aku isi balik dan juga IPTS. Moga rezeki aku. Amin. :)

Masa cuti persekolahan tahun lepas, aku dan adik-adik 'bercuti' di Shah Alam. Walaupun takda berjalan sangat pun tapi seronok lah sebab semua adik beradik berkumpul. <3

Okay. Layan gambar je lah ek.

1) Big Bad Wolf


Aku pergi dalam pukul 9 malam. Jadi, orang tak ramai pon. Bagi aku, banyak buku yang tak berapa nak menarik. Mungkin buku yang 'best' dah diborong awal2. Aku yang lambat. :D Pukul 12 lebih baru balik ke rumah. Kesian kat adik-adik penat berjalan seharian.

2) Empire Subang




Nak pergi HQ Shaklee kat Empire Tower. Alang2 dah dekat dengan Empire Subang jadi singgah sekali. Pantang kalu ada MPH atau Popular, kena singgah juga. :)

3) Sunway Pyramid




Pergi Sunway Pyramid semata-mata nak makan cone pizza je. Memang sedap okay cone pizza ni. Kalu korang pergi sunway pyramid kena cuba cone pizza ni. Memang sedap. :) Kami masa cuti tu, kerjanya asyik makan je. Haha


4) Steak house di Seri Kembangan


Kami pergi ni pun sehari sebelum balik. Hihi

Okey lah. Setakat ni jelah yang boleh aku update. Sementara tunggu tawaran nak sambung study ni aku dapat luangkan masa dengan Family. Memang seronok sangat. ;)