06 July 2013

Life in KML part 2



BC3T13

BC3T13-kelas yang awesome. Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab aku dapat classmate yang gila2, caring, baik. Dalam kelas aku ada 29 kot pada mulanya. Aku pun dah lupa. Haha. Sem 2 tinggal 27 orang je tak silap. Gambar atas ni tak semua classmate aku ada. Dalam kelas aku cuma 5 orang lelaki. Yang lain perempuan. Kalau modul 2 majoriti lelaki tau.

Budak-budak modul 3 ambil subjek biology, chemistry, mathematics dan sains komputer. Orang cakap budak modul 3 senang nak dapat pointer 3++ sebab ada subjek sains komputer. Kononnya subjek sains komputer ni senang la nak dapat A. Tapi bagi aku la kan, sem 1 sains komputer memang la senang nak dapat A sebab tak perlu banyak kefahaman. Hafal membabi buta pun boleh skor. Tapi sem 2 ada tajuk programming. Tu yang payah sikit. Masa tu lah kena fokus betul-betul masa dalam kuliah. Aku ni mana lah fokus dalam kuliah sains komputer. Haha. Maaf Sir.


Madam Rozana salah seorang lecturer yang ajar kami English masa sem 2.

Madam Haslinda, kelas Dinamika

Sebenarnya aku nak letak lagi gambar lecturer lain tapi kan aku lupa nak ambil dari classmate. Cuma yang ni je la aku simpan. Huhu

Semua pensyarah yang mengajar aku memang sporting. Walaupun tak macam cikgu kat sekolah menengah, mereka memang the best. Takkan lah Lecturer kat Matrikulasi nak layan student macam kat sekolah menengah?? Memang tak makan saman lah nanti. Lecturer memang banyak guide kami dan siap pesan lagi masa kat Universiti nanti student tak akan 'disuap'. Kena independent. Apa2pun, bila kita tuntut ilmu ni, mesti hormat orang yang memberi ilmu kat kita kan.

Jadi jika kita tak hormat orang lain, macam mana orang tu nak hormat kita.

Memo: Ingatkan nak share tentang kawan-kawan kat Matrik tapi nanti la. Next entry okey. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

No comments: