20 January 2014

Shaklee Product: Alfalfa Complex

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.



First product shaklee yang saya akan share adalah Alfalfa Complex. Kenapa Alfalfa? Bukan vitamin lain? Sebabnya, tiap-tiap bulan Shaklee akan buat Product Promotion Buy 6 Free 1. Jadi. bulan ni, bulan Januari ni Shaklee buat promosi untuk Alfalfa Complex. Haaa. Ni salah satu sebabnya la.

Sebab utama yang lain. Untuk pengetahuan korang kan, tumbuhan Alfalfa ni telah digunakan oleh manusia sejak lebih dari 2,500 tahun. Yang bestnya, Alfalfa ni dikenalpasti sebagai makanan yang paling kaya dengan pelbagai nutrisi dan zat galian. Haa. Tak ke bunyi nye tu macam menarik? Hehe. :)

Okey lah. Tak nak lah intro terlampau panjang. Kang ada orang yang mengantok lak. Hihi.

Sebelum korang nak tahu apa khasiat dan kelebihan Alfalfa Complex dari Shaklee ni, korang kena la tahu serba sedikit atau sejarah tentang Alfalfa ni. Haa. Meh sini nak cerita. Pay attention okay?




Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr.Shaklee pada tahun 1950 an. 

Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago sativa) secara organik di California. 

Bebas daripada PESTISID, HERBASID dan menggunakan baja bebas kimia.

Juga dikenali sebagai 'Raja Tumbuhan'.

Daun Alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Daun tersebut dikeringkan dengan udara semulajadi. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kelebihan dan Kebaikan Alfalfa Complex yang Utama:


  1. Mencuci hati, darah dan usus: Makanan yang beralkali mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menyingkirkan toksik, membersih hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit serta otot.
  2. Melawan Alahan: Memperbaiki kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut: Masalah saluran penghadaman seperti kembung perut, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit
  4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol: Menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi
  5. Melawan tumor: Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan untuk memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.
  6. Melegakan keletihan 
  7. Mencegah/ merawat atritis: Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain kebaikan Alfalfa Complex:


  • Membantu merawat athma
  • Melegakan sakit sendi dan sakit belakang
  • Mengurangkan masalah resdung dan eczema
  • Membantu membuang angin dalam badan
  • Membantu merawat kencing kotor 
  • Mencuci buah pinggang
  • Memberi kelegaan semasa period
  • Merawat masalah keputihan bagi wanita
  • Sebagai kacip fatimah untuk wanita
  • Membesar dan menegangkan payudara
  • Sebagai milk booster

Okey fuhhh. Harap korang jelas lah yer. Ni lah antara kebaikan dan kelebihan Alfalfa ni. My mom dan saya sendiri consume Alfalfa ni. Memang best lah Alfalfa ni. Badan rasa ringan je. Masa nak 'membuang' pon okey je. Tak da lah sampai berjam dalam tandas tu. Hehe. Masalah keputihan tu memang kurang ataupun takda langsung. Biasalah kn. Perempuan. Memang masalah keputihan ni memang jadi musuh utama. Hehehe. ;)

Jadi saya memang suggest lah Alfalfa ni untuk masalah dalaman wanita dan juga lelaki tau. Tunggu apa lagi. Jom kita sama-sama rasa kebaikan Alfalfa Complex ni. :)

Jika masih ada pertanyaan tentang Alfalfa Complex atau produk Shaklee yang lain ataupun nak order, boleh contact saya yer. Email atau Wechat. :)

Email : malyanahzahari@gmail.com
Wechat ID: nurulmalyanah

InsyaALLAH. Saya akan bagi HARGA yang TERBAIK punya. Lebih2 lagi bulan ni PROMOSI untuk ALFALFA kn. Dan saya akan cuba sebaik mungkin untuk beri full consultation hanya untuk customer tersayang saya. ;) ;)

Memo: Lepas entry ni InsyaALLAH saya akan beritahu Set apa yang diambil bersama Alfalfa Complex ni. Tungguu..

Sekian, terima kasih.

Waalaikumsalam.
Malyanah.

18 January 2014

I'm a Shaklee Independent Distributor

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum..

Dah lama tak update blog ni. Setiap kali nak buat entry baru, mesti setengah jalan je. Sebab dah buntu nak taip apa. Lepas ni kena selalu update blog. Sebab practice makes perfect. Erkkk.. Apa kaitan ek? Hehehe.

Ok lah. Straight to the points okey? :)

Memandangkan cuti saya teramatlah panjang. Jadi, kena la manfaatkan cuti tersebut dengan benda yang berfaedah kan? Tak ada rezeki lagi nak sambung study. Emm.. Nak cerita lah nanti dalam satu entry. Next post okey? InsyaAllah.



Untuk pengetahuan korang. Aku sekarang ni adalah pengedar bebas Shaklee. Hah?Shaklee tu apa? Haa... Mesti ramai dah tahu ni. Sebab shaklee bertambah famous lagi amous tau sekarang. ;) Shaklee adalah merupakan syarikat supplement. Supplement tu adalah makanan tambahan yang diperlukan oleh badan kita.

Apa yang membuatkan Shaklee ni berbeza daripada supplement lain? Haa.. Ni yang nak cerita ni. Tolong focus okey? Hehehe. 

1) Sentiasa Selamat.
~ Apa yang selamatnya? Lebih 83,000 ujian kualiti dilakukan setiap tahun. Dan shaklee ni dah bertapak sejak 1956 tauuu. Nampak tak permainannya disitu?? Maksudnya produk Shaklee telah dipercayai dan diguna selama 58 tahun tauuu..

2) Sentiasa Berkesan.
~ Shaklee telah menjalankan sebanyak 100 kajian secara clinical. Jadi, telah terbukti Shaklee ni berkesan. Insya-ALLAH. Jika kita berusaha untuk mencari penawar, dengan izin ALLAH penyakit kita dapat dicegah. 

3) Sentiasa Mesra Alam
~ Haa... Ni yang best pasal Shaklee ni. Produk Shaklee semuanya tiada perasa tiruan tauu. Tiada bahan kimia. Dan banyak lagi.

Akhir sekali, produk Shaklee ini dijamin HALAL. :) So, tak payah risau Shaklee ni Halal ke tidak. Memang dijamin!! ^^

InsyaALLAH. Saya akan cerita tentang produk Shaklee satu demi satu. Moga memberi manfaat kepada kita. InsyaALLAH.

Jadi, siapa-siapa nak tahu lebih pasal Shaklee atau ada masalah atau nak order,boleh lah email atau wechat sy yer? Kat situ nanti kita sembang lebih-lebih okey? Senang kita nak hu ha hu ha nanti. ;) Bawah entry ni nanti saya sertakan email dan wechat id saya. :)

Saya akan guide anda serta bagi FULL CONSULTATION untuk customer tersayang sy. :) Tak lupa juga BEST PRICE untuk anda. Saya akan suggest produk mengikut bajet anda. InsyaALLAH

Sekian, terima kasih. ^^

Shaklee ID 1083736
Email: malyanahzahari.gmail.com
Wechat ID: nurulmalyanah


Memo: Saya akan update satu-satu pasal Produk Shaklee okey? Tunggu..

11 July 2013

Salam Ramadhan



Alhamdulillah. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan kepada semua umat islam. Jom memperbanyakkan amal ibadat di bulan puasa ni. Bila lagi kan kita nak solat terawih bersama keluarga ataupun berjemaah di masjid. Dan bila lagi kita nak sahur dan berbuka bersama keluarga. Masa bulan puasa ni la kita lakukan amal ibadat sebanyak yang kita mampu.

Tak semestinya pada bulan puasa je kita tingkatkan amal ibadat. Kita harus terus beristiqamah walaupun selepas bulan ramadhan. Kan? Jom kita tingkatkan amal iabadat di bulan puasa ni. ^^

Memo: Dah hari kedua kita berpuasa di bulan ramdhan.

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

06 July 2013

Life in KML part 2



BC3T13

BC3T13-kelas yang awesome. Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab aku dapat classmate yang gila2, caring, baik. Dalam kelas aku ada 29 kot pada mulanya. Aku pun dah lupa. Haha. Sem 2 tinggal 27 orang je tak silap. Gambar atas ni tak semua classmate aku ada. Dalam kelas aku cuma 5 orang lelaki. Yang lain perempuan. Kalau modul 2 majoriti lelaki tau.

Budak-budak modul 3 ambil subjek biology, chemistry, mathematics dan sains komputer. Orang cakap budak modul 3 senang nak dapat pointer 3++ sebab ada subjek sains komputer. Kononnya subjek sains komputer ni senang la nak dapat A. Tapi bagi aku la kan, sem 1 sains komputer memang la senang nak dapat A sebab tak perlu banyak kefahaman. Hafal membabi buta pun boleh skor. Tapi sem 2 ada tajuk programming. Tu yang payah sikit. Masa tu lah kena fokus betul-betul masa dalam kuliah. Aku ni mana lah fokus dalam kuliah sains komputer. Haha. Maaf Sir.


Madam Rozana salah seorang lecturer yang ajar kami English masa sem 2.

Madam Haslinda, kelas Dinamika

Sebenarnya aku nak letak lagi gambar lecturer lain tapi kan aku lupa nak ambil dari classmate. Cuma yang ni je la aku simpan. Huhu

Semua pensyarah yang mengajar aku memang sporting. Walaupun tak macam cikgu kat sekolah menengah, mereka memang the best. Takkan lah Lecturer kat Matrikulasi nak layan student macam kat sekolah menengah?? Memang tak makan saman lah nanti. Lecturer memang banyak guide kami dan siap pesan lagi masa kat Universiti nanti student tak akan 'disuap'. Kena independent. Apa2pun, bila kita tuntut ilmu ni, mesti hormat orang yang memberi ilmu kat kita kan.

Jadi jika kita tak hormat orang lain, macam mana orang tu nak hormat kita.

Memo: Ingatkan nak share tentang kawan-kawan kat Matrik tapi nanti la. Next entry okey. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

03 July 2013

Life in KML part 1



Satu tahun aku kat Kolej Matrikulasi Labuan, aku dapat pengalaman yang best ada suka duka, pahit manis yang aku tak boleh lupa. Walaupun mula-mula masuk rasa macam nak balik je. Stress sangat dengan orientasi masa tu. Asyik kena marah dengan akak-akak dan abang-abang senior. Bila ingat balik rasa nak gelak pun ada. Masa tu, semua orang bengang sebab tak cukup tido la. Mandi dan makan pun kena rushing. Hahaha. Bila orientasi dah habis memang lega sangat. Boleh tido puas-puas. Haha. Tapi aku percaya mereka buat semua ni ada sebabnya.

Selepas seminggu kami enjoy cuti, kelas pun dah start. Memang jadi trend kot bagi student baru pergi kelas awal 30 minit. Lepas tu, masuk dewan kuliah pun mesti duduk depan. Kalau boleh nak duduk depan lecturer. Mungkin semangat nak menimba ilmu itu membara macam api naga. Eh apa kaitan?? Haha. Tak yah nak mengata orang sangat la. Dua kali lima juga. Hihihi. Tapi mula-mula je macam tu. Dah nak akhir sem pakat ramai-ramai datang lambat kalau tak pun ponteng terus. Alasan sebab nak study untuk PSPM. Hihihi.

Kehidupan kat Matrikulasi takda la mencabar sangat. Sebab kemudahan tempat tinggal diberi. Free lagi tu bekalan air dan elektrik. Cuma kadang-kadang jer KML mengalami gangguan tiada bekalan air. Tapi alhamdulillah. Sepanjang aku duduk kat KML, 2 kali je blok kami tiada air. Itu pun sekejap je. Tak la sampai berhari-hari. Sehari pun tak sampai. Blok lain pun ada juga mengalami masalah yang sama. Kami kira beruntung la dan patut bersyukur sebab blok lain selalu mengalami masalah tiada air.

Apa2pun gangguan bekalan elektrik dan air ni tak boleh dijadikan alasan kita tak boleh berjaya. Kita berjaya atas usaha sendiri dan dengan keizinan-NYA. Bila duduk jauh dari family ni kita kena kuat dari segi mental, rohani dan fizikal. Kita kena kuat dan yakin dengan perancangan ALLAH. ALLAH la sebaik-baik perancang. Memang sistem pembelajaran kat Matrikulasi padat dan cepat. Sebab masa singkat dan silibus banyak. Insya-ALLAH, dengan izin-NYA dan berkat ibubapa kita boleh atasi. Insya-ALLAH.

Memo: Baru perasaan yang entry kali ni lebih panjang dari biasa. Hihihi. Harap enjoy membaca coretan aku yang tak seberapa ni. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ