19 March 2014

Shaklee Product: Energizing Soy Protein (2)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.

Sebelum ini, aku dah share tentang kelebihan ESP. Kalau cakap pasal ESP ni mesti cerita tentang nak kulit muka cantik je kan? Kali ni aku nak bagitahu Fakta tentang ESP yang perlu anda tahu. :)

Fakta tentang ESP


1) Awet Muda:
~ Asid Amino dalam ESP amat penting dalam badan untuk membina otot, kuku, rambut, organ, kulit,gland dan lain-lain. Pengambilan secara kerap dan konsisten adalah kunci kepada awet muda. :)

2) Hormon Semulajadi:
~ Fungsi Isoflavones di dalam kacang soya sama dengan fungsinya hormon wanita. Merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3) Meningkatkan Fungsi Prostat Lelaki:
~ Kandungan Genistein di dalam kacang soya telah terbukti dapat menghalang pertumbuhan & mencegah sel kanser dari merebak. Ia bertindak menghapuskan segala radikal bebas dalam sel-sel badan yang akan bermutasi DNA, yang akan menukarkan sel-sel badan menjadi sel-sel kanser. Selain itu, ia juga bertindak menjaga ovari dan rahim, prostat dan kitaran haid.

4) Kulit tegang dan berseri:
~ ESP merangsang pembentukan semula kulit dan otot, memudarkan kesan parut serta mempercepatkan pemulihan luka. ESP juga bertindak sebagai anti-penuaan, mengurangkan kedutan dan kulit muka lebih berseri.

5) Memberi Tenaga yang Berpanjangan:
~ 1 tin ESP bersamaan dengan 30KG kacang soya. ESP memberi tenaga segera dan meningkat sistem imun. Ia juga mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6) Memulihkan Pigmentasi:
~ Membaiki masalah rambut beruban dan mengurangkan rambut gugur serta menghalang pigmentasi dan jeragat.

7) Meningkatkan Memori:
~ Menguatkan ingatan serta keupayaan seksual dan lain-lain lagi.

Fakta Menarik tentang ESP

  • Meningkatkan penyerapan protein, mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut serta mengurangkan masalah gastrik.
  • Mengurangkan paras kolestrol dalam darah.
  • 60 kajian menunjukkan protein soya meningkatkan ketumpatan tulang.
  • 2 kajian menunjukkan pengambilan ESP + Vitamin E merendahkan LDL (Kolestrol jahat) sehingga 40%.
  • 4 Kajian menunjukkan ESP menghalang LDL(Kolestrol jahat) dan teroksida bagi mengelakkan risiko strok dan arteri tersumbat yang mendatangkan penyakit sakit jantung.
  • Menghalang pembentukan batu karang.
  • Mengelakkan kerosakan buah pinggang
  • Mengandungi kandungan protein lengkap dan isoflavene(diperlukan oleh badan untuk melawan kanser) yang mencukupi.
  • Protein dan isoflavene bertindak serentak untuk menghalang sel tidak normal daripada terus membiak menjadi sel kanser.
  • Protein soya menghalang sel kanser yang merosakkan arteri.
  • Protein soya meningkatkan aktiviti sel darah putih-melawan serangan, penyakit dan jangkitan virus.
  • Protein ESP menggalakkan proses pemulihan sel rosak kepada sel baru.
  • ESP telah terbukti secara klinikal bahawa mampu mengekalkan tenaga berjam lamanya.
  • ESP mengawal 'mood swing' pada wanita ketika PMS dan wanita monopause.
Tahukah anda??

::Setiap 1 Canister ESP (850g) dihasilkan daripada 30KG Kacang Soya.

::Satu hidangan Shaklee = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.

::Hidangan ESP adalah RENDAH lemak, TIADA kolestrol, TIADA uric acid.


ESP ni boleh juga dibuat Masker tau. Nak tahu macam mana? Meh baca ni.


~ Gunakan 1 sudu yogurt perisa ASLI sebagai base masker.
~Tambah 1 sudu teh ESP ke dalam yogurt dan gaul sehingga sebati.
~Ratakan di kawasan muka kecuali di bahagian mata.
~Biarkan 10-15 minit atau sehingga kering.

Boleh mencuba sendiri pada waktu pagi selepas mandi atau waktu malam selepas mencuci muka.
Masker ni memang best sangat sebab selepas korang cuci akan tarasa lembut dan halus je muka! Blackhead dan whitehead pon makin kurang tau!

So, sapa2 nak cuba sendiri ESP ni boleh contact sy. Full consultation yang terbaik dijanjikan. Insya-ALLAH. Kalu masih tak clear atau ada sebarang pertanyaan sila email sy yer?

Sekian,
Malyanah
1083736
malyanahzahari@gmail.com

13 March 2014

Shaklee Product: Energizing Soy Protein (1)

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.

Bulan Oktober tahun lepas, aku mencari lah produk apa yang sesuai untuk mama dan juga aku la. After habis study kat Matrik, muka aku memang teruk sangat dengan jerawat, whitehead, blackhead. Lebih2 lagi muka dah jadi gelap sebab panas kat Labuan. Labuan kan Pulau. Tambah2 lagi mungkin aku stress kot study. Heee. 

So, aku cari lah produk yang memang sesuai ngan masalah muka aku ni. Aku cuba lah usha2 produk shaklee ni. Bila aku google memang banyak keluar tentang Energizing Soy Protein (ESP) ni. Memang dapat banyak feedback postive. 

Aku mula consume ESP ni tengah bulan Disember 2013. Aku dapat rasakan badan rasa ringan dan bertenaga je. Bangun dari tidur pun fresh je rasa. Tak rasa berat macam dulu. Alhamdulillah. Muka aku jadi lebih halus, dah tak segelap dulu. Yang paling syok sekali, whitehead dan blackhead dah tak banyak macam dulu!! Kalau ada pun 2 atau 3 ketul je. Memang dah jatuh cinta lah ngan ESP ni. Sekaligus jatuh cinta juga dengan Shaklee.

Untuk pengetahuan korang, ESP ni memang HOT PRODUCT dari Shaklee tau.



Kenapa ESP menjadi HOT PRODUCT dan menjadi kesukaan ramai?


  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus dan gebu.
  • ESP menghilangkan jeragat dan parut di muka.
  • ESP menganjalkan kulit dan juga payudara yang kendur.
  • ESP memberi tenaga yang berpanjangan, badan menjadi lebih sihat.
  • ESP meningkatkan kesihatan tubuh badan.
  • ESP memberi rasa kenyang jadi sesuai untuk sesiapa nak kurangkan berat badan.
  • Bagi ibu yang mengandung, ESP membantu tumbesaran Fetus dan mempersiapkan badan ibu untuk penyusuan yang lancar selepas bersalin.
  • Bagi ibu yang menyusu anak, ESP membantu melancarkan penyusuan Ibu dan merupakan salah satu milk booster yang hebat. Susu yang dihasilkan akan menjadi lebih pekat dan berkrim untuk memberi rasa cepat kenyang kepada baby.
  • ESP sangat membantu dalam kesubaran kerana ESP membantu membentuk tisu rahim, sel ovum dan sperma yang sihat.
  • ESP juga berkesan mengurangkan masalah eczema dan masalah kulit.
Antara set basic yang mengandungi ESP:


Antara cara pengambilan ESP dan resepi ESP:



1) 1 sudu bancuhan ESP + Air suam
Nota: Jangan bancuh dengan air panas sebab protein dalam ESP akan denatured atau 'mati'. Kalu bancuh dengan air sejuk lagi sedap.:)

2) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh milk (Dutch lady/HL)
~Memang sedap okey. Korang kena cuba. Beli flavour chocolate and strawberries memang OSEM!! :)

3) 1 sudu bancuhan ESP + Vico

4) 1 sudu bancuhan ESP + Twister oren/sunquick

5) 1 sudu bancuhan ESP + Ribena

6) 1 sudu bancuhan ESP + Quaker Oat/apa2 jenama oat

7) 1 sudu bancuhan ESP + Susu anmum
~ Sesuai untuk pregnant mummy. Boleh juga pakai susu anlene

8) 1 sudu bancuhan ESP + Horlick

9)1 sudu bancuhan ESP + Performance/Mealshake/Cinch Shake Shaklee

10) 1sudu bancuhan ESP + campuran buah-buahan 
~ Lepastu blend. Boleh pilih buah favourite korang.

11) 1 sudu bancuhan ESP + Fresh Milk + Kurma
~Kurma ni rendamkan dulu atau potong kecil2 atau blend dengan fresh milk. :)

Sukatan: 1 sudu besar ESP + air kegemaran anda atau seperti resepi di atas. Boleh bancuh dalam bekas atau guna Shaker. ESP boleh diambil waktu pagi sebelum breakfast atau sebelum tidur. 

Nota: ESP TIDAK BOLEH diambil bersama air panas, air berkarbonat,berkaffein. Dan juga jangan melebihi dos yang dibenarkan kerana boleh memberi bebanan kepada ginjal anda. :)

Kalau korang memang mementingkan kecantikan dan kesihatan boleh hubungi saya. Selain ESP, Shaklee banyak lagi product yang best. InsyaALLAH. Saya akan cuba review 1 per 1 product dari shaklee. :) Kita ni bukan pentingkan kecantikan je, kesihatan pun mestilah kena jaga dan 'cantik' juga kan. 

Sesiapa yang berminat nak cuba atau ada pertanyaan tentang ESP atau product shaklee yang lain boleh hubungi saya (malyanahzahari@gmail.com). InsyaALLAH saya akan beri best price dan full consultation. :)

Sekian,
Malyanah
1083736
malyanahzahari@gmail.com

09 March 2014

Life Updated 2014

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum.

Dah lama nak updated pasal personal life tapi asyik bertangguh je. Hehe. Okay. Terus kepada cerita.

Lepas daripada study kat Matrikalusi, aku dapat tawaran UPU. Tapi, aku tak terima tawaran daripada UPM. Sebabnya? Aku tak minat kos yang ditawarkan. Mungkin ada beranggapan aku ni memilih atau terlalu 'demand'. :) Sebabnya, biarlah aku sendiri yang simpan. ;)

So, sekarang ni aku cuma duduk di rumah. Mencuba perkara yang baru iaitu berjinak-jinak dengan Shaklee. Alhamdulillah. Sejak aku terlibat dengan Shaklee ni, aku dapat nampak matlamat hidup aku. Apa yang aku nak. Apa yang aku ingin capai. InsyaALLAH. Dengan usaha dan izin ALLAH, moga aku dapat capainya. :).

Apa perancangan aku sekarang? Nak terus sambung study ke atau tak? Mestilah yer. Insya-ALLAH. Kalau ada rezeki, tahun ni juga aku sambung study. UPU aku isi balik dan juga IPTS. Moga rezeki aku. Amin. :)

Masa cuti persekolahan tahun lepas, aku dan adik-adik 'bercuti' di Shah Alam. Walaupun takda berjalan sangat pun tapi seronok lah sebab semua adik beradik berkumpul. <3

Okay. Layan gambar je lah ek.

1) Big Bad Wolf


Aku pergi dalam pukul 9 malam. Jadi, orang tak ramai pon. Bagi aku, banyak buku yang tak berapa nak menarik. Mungkin buku yang 'best' dah diborong awal2. Aku yang lambat. :D Pukul 12 lebih baru balik ke rumah. Kesian kat adik-adik penat berjalan seharian.

2) Empire Subang




Nak pergi HQ Shaklee kat Empire Tower. Alang2 dah dekat dengan Empire Subang jadi singgah sekali. Pantang kalu ada MPH atau Popular, kena singgah juga. :)

3) Sunway Pyramid




Pergi Sunway Pyramid semata-mata nak makan cone pizza je. Memang sedap okay cone pizza ni. Kalu korang pergi sunway pyramid kena cuba cone pizza ni. Memang sedap. :) Kami masa cuti tu, kerjanya asyik makan je. Haha


4) Steak house di Seri Kembangan


Kami pergi ni pun sehari sebelum balik. Hihi

Okey lah. Setakat ni jelah yang boleh aku update. Sementara tunggu tawaran nak sambung study ni aku dapat luangkan masa dengan Family. Memang seronok sangat. ;)