11 July 2013

Salam Ramadhan



Alhamdulillah. Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadhan kepada semua umat islam. Jom memperbanyakkan amal ibadat di bulan puasa ni. Bila lagi kan kita nak solat terawih bersama keluarga ataupun berjemaah di masjid. Dan bila lagi kita nak sahur dan berbuka bersama keluarga. Masa bulan puasa ni la kita lakukan amal ibadat sebanyak yang kita mampu.

Tak semestinya pada bulan puasa je kita tingkatkan amal ibadat. Kita harus terus beristiqamah walaupun selepas bulan ramadhan. Kan? Jom kita tingkatkan amal iabadat di bulan puasa ni. ^^

Memo: Dah hari kedua kita berpuasa di bulan ramdhan.

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

06 July 2013

Life in KML part 2



BC3T13

BC3T13-kelas yang awesome. Alhamdulillah. Aku bersyukur sebab aku dapat classmate yang gila2, caring, baik. Dalam kelas aku ada 29 kot pada mulanya. Aku pun dah lupa. Haha. Sem 2 tinggal 27 orang je tak silap. Gambar atas ni tak semua classmate aku ada. Dalam kelas aku cuma 5 orang lelaki. Yang lain perempuan. Kalau modul 2 majoriti lelaki tau.

Budak-budak modul 3 ambil subjek biology, chemistry, mathematics dan sains komputer. Orang cakap budak modul 3 senang nak dapat pointer 3++ sebab ada subjek sains komputer. Kononnya subjek sains komputer ni senang la nak dapat A. Tapi bagi aku la kan, sem 1 sains komputer memang la senang nak dapat A sebab tak perlu banyak kefahaman. Hafal membabi buta pun boleh skor. Tapi sem 2 ada tajuk programming. Tu yang payah sikit. Masa tu lah kena fokus betul-betul masa dalam kuliah. Aku ni mana lah fokus dalam kuliah sains komputer. Haha. Maaf Sir.


Madam Rozana salah seorang lecturer yang ajar kami English masa sem 2.

Madam Haslinda, kelas Dinamika

Sebenarnya aku nak letak lagi gambar lecturer lain tapi kan aku lupa nak ambil dari classmate. Cuma yang ni je la aku simpan. Huhu

Semua pensyarah yang mengajar aku memang sporting. Walaupun tak macam cikgu kat sekolah menengah, mereka memang the best. Takkan lah Lecturer kat Matrikulasi nak layan student macam kat sekolah menengah?? Memang tak makan saman lah nanti. Lecturer memang banyak guide kami dan siap pesan lagi masa kat Universiti nanti student tak akan 'disuap'. Kena independent. Apa2pun, bila kita tuntut ilmu ni, mesti hormat orang yang memberi ilmu kat kita kan.

Jadi jika kita tak hormat orang lain, macam mana orang tu nak hormat kita.

Memo: Ingatkan nak share tentang kawan-kawan kat Matrik tapi nanti la. Next entry okey. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

03 July 2013

Life in KML part 1



Satu tahun aku kat Kolej Matrikulasi Labuan, aku dapat pengalaman yang best ada suka duka, pahit manis yang aku tak boleh lupa. Walaupun mula-mula masuk rasa macam nak balik je. Stress sangat dengan orientasi masa tu. Asyik kena marah dengan akak-akak dan abang-abang senior. Bila ingat balik rasa nak gelak pun ada. Masa tu, semua orang bengang sebab tak cukup tido la. Mandi dan makan pun kena rushing. Hahaha. Bila orientasi dah habis memang lega sangat. Boleh tido puas-puas. Haha. Tapi aku percaya mereka buat semua ni ada sebabnya.

Selepas seminggu kami enjoy cuti, kelas pun dah start. Memang jadi trend kot bagi student baru pergi kelas awal 30 minit. Lepas tu, masuk dewan kuliah pun mesti duduk depan. Kalau boleh nak duduk depan lecturer. Mungkin semangat nak menimba ilmu itu membara macam api naga. Eh apa kaitan?? Haha. Tak yah nak mengata orang sangat la. Dua kali lima juga. Hihihi. Tapi mula-mula je macam tu. Dah nak akhir sem pakat ramai-ramai datang lambat kalau tak pun ponteng terus. Alasan sebab nak study untuk PSPM. Hihihi.

Kehidupan kat Matrikulasi takda la mencabar sangat. Sebab kemudahan tempat tinggal diberi. Free lagi tu bekalan air dan elektrik. Cuma kadang-kadang jer KML mengalami gangguan tiada bekalan air. Tapi alhamdulillah. Sepanjang aku duduk kat KML, 2 kali je blok kami tiada air. Itu pun sekejap je. Tak la sampai berhari-hari. Sehari pun tak sampai. Blok lain pun ada juga mengalami masalah yang sama. Kami kira beruntung la dan patut bersyukur sebab blok lain selalu mengalami masalah tiada air.

Apa2pun gangguan bekalan elektrik dan air ni tak boleh dijadikan alasan kita tak boleh berjaya. Kita berjaya atas usaha sendiri dan dengan keizinan-NYA. Bila duduk jauh dari family ni kita kena kuat dari segi mental, rohani dan fizikal. Kita kena kuat dan yakin dengan perancangan ALLAH. ALLAH la sebaik-baik perancang. Memang sistem pembelajaran kat Matrikulasi padat dan cepat. Sebab masa singkat dan silibus banyak. Insya-ALLAH, dengan izin-NYA dan berkat ibubapa kita boleh atasi. Insya-ALLAH.

Memo: Baru perasaan yang entry kali ni lebih panjang dari biasa. Hihihi. Harap enjoy membaca coretan aku yang tak seberapa ni. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ