11 February 2013

Felt nama ~ Fiqa & Ely Myza

Assalamualaikum,


Kalau dah update blog ni, rasa nak lagi dan nak lagi. :-p


Harga: RM 4

Alhamdulillah. Aku berjaya buatkan felt nama untuk roomate kesayanganku. :-p Harap dia suka la sebab aku buat tanpa pengetahuan dia. Nak buat surprise la. Kononnya.


Harga: RM 6

Yang ni pula rakan sekelas ku di KML yang minta buatkan. Dia nak bentuk love. Mula-mula bentuk love ni besar tapi takut pula tak cantik nanti. Jadi aku buatlah dalam bentuk yang sederhana.

Aku harap usaha aku membuatkan kawan-kawanku happy dan akan jaga benda ni elok-elok. ^^

Sekian.
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

10 February 2013

Felt nama ~ AFIERA

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Allah masih bagi peluang untuk bernafas sehingga ke hari ini. Banyak dugaan dan cabaran tapi alhamdulillah, dapat atasi dengan keizinan-NYA. 

Okey. Memandangkan lama dah tak update blog, banyak benda nak share tapi itu lah. Masa amat mencemburui diriku ini. Ceh. Alasan semata-mata. :-p 
Sejak masuk Matrikulasi, amat payah nak update. Sebabnya, malas malas dan malas. Dasar pemalas. Okey2. Kita terus ke topik kita k. Jangan nak melencong-lencong tempat lain pula. Hish2. 


Felt nama ni ditempah oleh rakan sekelas ku di Matrikulasi. Gara-gara dia tengok blog aku ni, terus dia minta buatkan. Haha. Takpe2. Rezeki kita tak boleh tolakkan. Alhamdulillah. Aku berjaya siapkan walaupun  lusa dah nak balik Labuan. Sob sob sob. Huhuhu.. Apa-apa pun harap owner nya ni nanti puas hati. ^^

Harga: RM 5 each
Sekian,
Waalaikumsalam.
мÄℓyⓐÑáħ

04 May 2012

Kolej Matrikulasi Labuan

Assalamualaikum,



Alhamdulillah. Rezeki aku dapat Matrikulasi di Labuan. Sebenarnya aku tak terfikir pun nak masuk Matrikulasi. Rasa menyesal pun ada sebab memohon. Tapi nak buat macam mana. Semua yang berlaku ada hikmah-Nya. Insya-ALLAH.

Aku tak pasti lagi nak masuk ke tidak Kolej Matrikulasi Labuan (KML) sebabnya aku tak yakin aku dapat buat dengan baik. Yer la. Setahun bagi aku rasa sekejap je. Dan masalah tiada air di KML menjadi isu hangat. Itu yang buat aku risau juga.

Aku rancang nak ambil A-Level di IPTS tetapi fees nya terlalu mahal. Yang paling murah pun ada lah +-RM 20,000. Lagipun tiada pinjaman untuk A-Level. Scholarship ada tapi aku tidak layak untuk memohon. Huhu.

Jadi, sekarang ini aku rasa menyesal sangat-sangat. Tapi aku tahu, aku boleh buat dan ALLAH selalu ada di sisi aku. Aku cuma perlu berusaha dan sentiasa dekatkan diri kepada ALLAH. Apa yang ALLAH tentukan, itulah yang terbaik buat kita. Insya-ALLAH.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif

07 April 2012

Pom pom maker

Assalamualaikum,



Seperti yang aku bagitahu sebelum ni, aku beli pom pom maker ni di Crochet is Fun. Click here

Aku terus buat pom pom ni pada malam aku dapat parcel. Memang syok la buat. Bagi aku part yang mencabar bila nak ikat pom pom ni. Part ni memerlukan kesabaran dan kecekapan. Yer la kalau pom pom maker ni terbuka dari benang tu tak ke haru.

Ini gambar pom pom yang telah aku buat.


Cute jer pom pom ni kan?

Lepas ni rasa nak buat banyak-banyak pula pom pom ni.
Jadi, kalau sesiapa nak buat pom pom, sila la beli pom pom maker di Crochet is Fun.

Waalaikumsalam.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif

parcel from crochet.is.fun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Parcel dari Crochet is Fun dah selamat sampai depan rumah. Haritu aku beli pom pom maker dan crochet hook.

Pom pom maker


Aluminium Crochet Hook

Apa? Crochet hook lagi. Iyer. Aku kan memang suka bab-bab membazir ni. Hihi. Tapi aku suka la dengan crochet hook ni. Sebabnya:
  1. Best
  2. Memikat hati
  3. Tak tahu lagi. Belum cuba. Hihi
Sebelum ni aku dah beli Bamboo hooks. Tapi aku sayang nak pakai. Kan membazir.

Owh yer. Pom pom maker MEMANG BEST!!!!! Bila buat tu rasa seronok je sampaikan tak perasan dah buat banyak. Haha. Yang selebihnya nanti aku cerita di entry seterusnya.

Motif aku tulis pasal ni sebab aku nak bagitahu yang aku suka beli barang dengan Amani (owner Crochet is fun). Tak tahu nak cakap macam mana apa sebabnya. Yang penting aku rasa selesa la bila nak berkomunikasi dengan Amani dan tak ada rasa ragu-ragu nak beli barang dekat Crochet is Fun buat kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

Jadi, kalau korang nak beli barang dekat Crochet is Fun jangan ragu-ragu yer.

Waalaikumsalam.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif