24 January 2012

Misi lepasan SPM

Lama betul ek aku nak tulis pasal ni.. Hihi.. Ala maklumlah.. Kemalasan melanda diri.. Huhu.. Tapi.. Kalau asyik malas je, tak bernyawa lah blog ni.. Huhu..

Okay.. Aku nak senaraikan misi lepasan SPM aku.. Ada yang aku dah buat, ada yang sedang buat dan ada yang langsung belum buat.. (*_0)

  1. Sambung buat DIY BLUEBERRY ICE CREAM CUP - Dah siap dah pun. Nanti aku post pasal ni ek
  2. Buat DIY REFRESHMENT - Belum siap sepenuhnya lagi. Masih dalam proses. Last sekali aku buat benda ni masa bulan 12 tahun lepas. Kih2. Dasar pemalas. :-p
  3. Buat DIY COOKIES - Hish. Yang ni langsung takda buat. Huhu. Insya-ALLAH. Akan buat. Tapi tak tahu bila. Haha.
  4. Belajar basic crochet - Benda ni aku dah buat dah. Tapi masih amatur. Tapi tak hasilkan apa-apa lagi sebab sibuk buat amigurumi turtle untuk abang aku. Haha. Alasan
  5. Belajar basic amigurumi - Alhamdulillah. Aku dah tahu sikit pasal amigurumi ni. Sikit je. Kih2. Dan alhamdulillah, setakat ni aku dah hasilkan amigurumi monster dan dalam proses buat turtle untuk abang aku lagi.
  6. Pergi Kuala Lumpur - Tiket dah booked. Insya-ALLAH, bulan depan aku pergi. Dah la sorang-sorang lagi tu. Huhu.. Nervous
Em.. Ni je dulu kot.. Kalau ada apa-apa aku nak buat, aku tambahkan..

◕‿◕

10 December 2011

Sesi perkenalan diri

Alhamdulillah.. Akhirnya aku dapat buka blog baru.. Sebenarnya takda la baru sangat.. Cuma delete entry lama je.. Lama juga aku tak berblogging ni.. Adalah dalam beberapa bulan.. Huhu.. Takpela.. Bukan penting pun nak bagitahu sebabnya kan..

Okey, berbalik pada tajuk asal.. Sesi perkenalan diri?? Hmm.. Apa yer nak bagi tahu..
Nama aku pada asalnya panjang.. K.. 6 perkataan je.. Takda la panjang sangat.. Jadi aku pendekkan jadi Malynah.. Aik.. Kenapa url blog aku nama Maya Zahari?? Ada la sebabnya.. Maya tu nama panggilan aku.. Kawan baik aku iaitu Zaty yang beri.. Dia pun blogger juga.. Hish.. Lama aku tak jumpa dia.. Rindunya.. Ok! Sambung.. Zahari tu pulak nama abah aku..

Seterusnya, aku ialah anak kepada Raja Zahari dan Nek Aini.. Aku sayang sangat-sangat abah dan mama aku.. Ye la.. Siapa tak sayang kan.. Em.. Apa lagi nak taip yer.. Owh yer.. Umur aku, tak perlu tahu kan.. Tak penting.. Cuma aku ni belum ada kelayakan SPM tapi dah ambil PMR dan telah tamat Tingkatan 5.. Hish.. Susah-susah, cakap je umur anda 17 tahun.. Apa yang susah..

Nanti aku nak buat entry tentang misi lepasan SPM.. Insya-ALLAH!! Okey la.. Ini sahaja untuk kali ni..