07 April 2012

parcel from crochet.is.fun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Parcel dari Crochet is Fun dah selamat sampai depan rumah. Haritu aku beli pom pom maker dan crochet hook.

Pom pom maker


Aluminium Crochet Hook

Apa? Crochet hook lagi. Iyer. Aku kan memang suka bab-bab membazir ni. Hihi. Tapi aku suka la dengan crochet hook ni. Sebabnya:
  1. Best
  2. Memikat hati
  3. Tak tahu lagi. Belum cuba. Hihi
Sebelum ni aku dah beli Bamboo hooks. Tapi aku sayang nak pakai. Kan membazir.

Owh yer. Pom pom maker MEMANG BEST!!!!! Bila buat tu rasa seronok je sampaikan tak perasan dah buat banyak. Haha. Yang selebihnya nanti aku cerita di entry seterusnya.

Motif aku tulis pasal ni sebab aku nak bagitahu yang aku suka beli barang dengan Amani (owner Crochet is fun). Tak tahu nak cakap macam mana apa sebabnya. Yang penting aku rasa selesa la bila nak berkomunikasi dengan Amani dan tak ada rasa ragu-ragu nak beli barang dekat Crochet is Fun buat kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

Jadi, kalau korang nak beli barang dekat Crochet is Fun jangan ragu-ragu yer.

Waalaikumsalam.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif

25 March 2012

Felt nama 2

Lepas dapat result SPM ni, confirm budak-budak lepasan SPM tengah sibuk isi borang UPU kan? Kalau tak pun Maktab.

Ok lah. Felt nama ni diorder oleh kawan kepada kakak aku. Dia order Amigurumi Turtle juga. Tapi belum buat lagi. Benang pun belum dibeli. Aku tengah sibuk memikirkan Universiti mana nak aku ambil tapi nampak gayanya macam aku tak layak nak masuk IPTA sebab tak cukup syarat. Kalau nak sambung diploma mungkin layak kot. Chop chop. Keluar tajuk dah ni. Haha. K. Sambung.



Harga: RM 7

Sekian,
◕‿◕

21 March 2012

Amigurumi Turtle

Lama gila nak siapkan benda ni. Alhamdulillah. Siap juga dan selamat disimpan oleh abangku. Lepas ni kena minta upah ni. Haha.

Pertama kali buat amigurumi dan alhamdulillah berjaya tapi masih banyak yang belum dipelajari.



Lepas buat ni rasa macam nak buat ni la nak buat tu la.. Haish..

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011

Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH SWT!! Alhamdulillah.

Felt nama

Alhamdulillah. Akhirnya siap juga.