07 April 2012

Pom pom maker

Assalamualaikum,



Seperti yang aku bagitahu sebelum ni, aku beli pom pom maker ni di Crochet is Fun. Click here

Aku terus buat pom pom ni pada malam aku dapat parcel. Memang syok la buat. Bagi aku part yang mencabar bila nak ikat pom pom ni. Part ni memerlukan kesabaran dan kecekapan. Yer la kalau pom pom maker ni terbuka dari benang tu tak ke haru.

Ini gambar pom pom yang telah aku buat.


Cute jer pom pom ni kan?

Lepas ni rasa nak buat banyak-banyak pula pom pom ni.
Jadi, kalau sesiapa nak buat pom pom, sila la beli pom pom maker di Crochet is Fun.

Waalaikumsalam.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif

parcel from crochet.is.fun

Assalamualaikum,

Alhamdulillah. Parcel dari Crochet is Fun dah selamat sampai depan rumah. Haritu aku beli pom pom maker dan crochet hook.

Pom pom maker


Aluminium Crochet Hook

Apa? Crochet hook lagi. Iyer. Aku kan memang suka bab-bab membazir ni. Hihi. Tapi aku suka la dengan crochet hook ni. Sebabnya:
  1. Best
  2. Memikat hati
  3. Tak tahu lagi. Belum cuba. Hihi
Sebelum ni aku dah beli Bamboo hooks. Tapi aku sayang nak pakai. Kan membazir.

Owh yer. Pom pom maker MEMANG BEST!!!!! Bila buat tu rasa seronok je sampaikan tak perasan dah buat banyak. Haha. Yang selebihnya nanti aku cerita di entry seterusnya.

Motif aku tulis pasal ni sebab aku nak bagitahu yang aku suka beli barang dengan Amani (owner Crochet is fun). Tak tahu nak cakap macam mana apa sebabnya. Yang penting aku rasa selesa la bila nak berkomunikasi dengan Amani dan tak ada rasa ragu-ragu nak beli barang dekat Crochet is Fun buat kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya.

Jadi, kalau korang nak beli barang dekat Crochet is Fun jangan ragu-ragu yer.

Waalaikumsalam.

Sekian,
мÄℓyⓐÑáħ http://www.cutecoregifs.com/gifs/Japancore/1588.gif